Ubat asma yang sering digunakan ialah inhaler iaitu ubat yang disedut dari pam. Ubat ini mudah didapati terutamanya di farmasi dengan harga hanya RM 10.00 ringgit. Ubat inhaler ini juga terdapat dalam beberapa jenis iaitu seperti Astalin inhaler berharga RM 10.00, Bricanly inhaler berharga RM 25.00 ringgit dan ventolin inhaler dengan harga RM 17.00 ringgit. Penyakit asma juga boleh dikurangkan melalui cara alternatif iaitu dengan membanyakkan minum air panas agar lender akan cair dan keluar. Selain itu, individu yang menghadapi penyakit asma juga disaran supaya mendapatkan udara yang segar dan bersih. Individu perlu mengelakkan diri daripada memeihara kucing, anjing, arnab dan binatang lain yang mempunyai bulu yang lebat kerana penyakit asma sangat sensitif kepada bulu binatang dan najis binatang kerana ini akan menyebabkan saluran nafas tersumbat.

Muhammad Fazli bin Mohd
204964

Category: | 1 Comment

1 comments to “Ubat untuk Penyakit Asma”

  1. Pesakit seharusnya mendapatkan pendapatan daripada doktor dahulu sebelum membeli ubat sendiri di farmasi.

    CHEE LEE YANG 204997