Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak. Serangan asma boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius, sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Serangan asma adalah sebab utama/punca kanak-kanak dimasukkan ke hospital. Asma terjadi kepada kanak-kanak samada mereka mempunyai sejarah asma di kalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti eczema, allergic rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma. Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Zuraini binti Zakaria
204843

Category: | 5 Comments

5 comments to “Asma Kanak Kanak”

  1. kanak-kanak sangat aktif dan sering berdepan dengan bahan yang tidak diketahui oleh mereka samaada berbahaya atau tidak.tambahan pula antibiotik kanak-kanak lebih lemah menyebabkan kanak-kanak lebih senang menghidapi penyakit asma

    Dg.Faiznur bt Abd Rahman
    196037

  1. Penjagaan terhadap kanak-kanak yang menghidapi penyakit asma haruslah lebih teliti bagi mengelakkan tragedi.

    CHEE LEE YANG 204997

  1. like this information...

    penyakit asma

  1. bagi kanak-kanak boleh mencuba supplement omega SHAKLEE untuk mengurangkan asma. blh layari di sini http://sihat-sihatsokmo.blogspot.com/


  1. Info yang menarik. Cuba amalkan pengambilan Vitamin C, minyak ikan Omega-3 dan zat zink kerana makanan tambahan tersebut mempunyai bukti saintifik untuk membantu mencegah serangan alahan seperti lelah, rhinitis dan ekzema.