November tahun lalu, tersebar berita mengatakan David Beckham menderita penyakit asma sejak kecil walaupun belum ada pengakuan daripadanya sendiri.


Puncanya, apabila Beckham dilihat menggunakan inhaler (alat bantuan pernafasan) ketika perlawanan akhir piala Major League Soccer, antara Los Angeles Galaxy melawan Real Salt Lake. Jika benar, David dilihat berjaya mengawalnya kerana sebelum ini dia tidak pernah dilihat mempunyai masalah pernafasan ketika bermain bola sepak.

Pakar asma, Dr. John Dickinson berkata, ramai atlet menghidap asma. Pada tahun 2004, hampir 21 peratus daripada pasukan Olimpik British disahkan menghidap asma dan meningkat kepada 25 peratus pada tahun 2008. Tambah Dr. John, sukan basikal dan berenang merupakan kumpulan pesakit yang tertinggi iaitu hampir 50 peratus.

Chan Ching Yee
205009

Category: | 2 Comments

2 comments to “Berita”

  1. ramai atlet menghidap penyakit asma kerana penggunaan paru-paru secara intensif terutamanya pemain professional seperti David Beckham

  1. Atlet masih boleh bersukan dalam sukan yang lasak sekiranya penyakit asma tidak serius.Namun demikian,atlet seharusnya menangani dan mengendalinya dengan mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum penyakit asma menjadi serius.

    Ng Shing Hong
    204895