Secara umumnya,seseorang yang menghidap penyakit asma akan merasa sesak nafas, batuk berkahak dan berpanjangan, serta nafas berbunyi. Biasanya, gejala ini akan timbul ketika waktu pagi menjelang waktu subuh ataupun ketika keadaan cuaca sejuk. Hal ini demikian kerana, hormon kortisol akan menjadi rendah pada waktu pagi. Ketika itu, pesakit akan berasa sukar untuk bernafas kerana saluran pernafasan mereka akan menjadi sempit dan menghasilkan bunyi-bunyian ketika mereka bernafas. Saluran pernafasan mereka menjadi sempit kerana bahagian-bahagian tertentu ditutupi ataupun diliputi oleh kahak. Bagi gejala asma yang teruk, pesakit akan mengalami sakit dada yang teramat sangat sehingga mereka berasa tidak boleh bernafas dan bibir mereka akan kelihatan pucat kebiruan. Wajah menjadi pucat dan denyutan nadi menjadi laju.

Nurul Effizah binti George Sarigu
204783

Category: | 5 Comments

5 comments to “Tanda-tanda Penyakit Asma”

  1. sesak nafas merupakan tanda asma yang paling senang dilihati.apabila melihat orang di sekeliling menghadapi masalah ini pastikan ubat asma ada di sisi mereka

    Ang Khean Chun
    195852

  1. Apabila wujud tanda-tanda tersebut haruslah mendapatkan rawatan secepat mungkin.

    CHEE LEE YANG 204997

  1. my mom baru kene astma , tp degil taknak amek ubat , risau lah !

  1. adakah penyakit ini boleh membunuh??


  1. Serangan sesak nafas lelah boleh dikawal dengan melakukan senaman pernafasan. Senaman ini sangat mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.