Pengetahuan yang terbatas tentang asma menyebabkan penyakit ini sering kali tidak ditangani dengan baik. Akibatnya, jumlah penderita dari tahun ke tahun semakin meningkat. Menurut Badan Kesihatan Dunia, WHO, penderita asma pada 2025 dijangkakan mencapai 400 juta dan data WHO menjangkakan bahawa, pada 2025 di seluruh dunia terdapat 255.000 kematian kerana asma. Jumlah ini dapat meningkat lebih besar menjadikan asma penyakit yang sukar untuk diubati. Lebih menggerunkan, kadar kematian kerana asma juga semakin meningkat kira-kira 20 peratus dalam 10 tahun akan datang jika tiada langkah wajar diambil. Sebahagian besar atau 80% kematian berlaku di negara-negara berkembang. Di Indonesia, penyakit asma merupakan di antara sepuluh penyebab kesakitan dan kematian. Satu laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini menyatakan bahawa kira-kira 300 juta orang daripada semua peringkat usia dan latar belakang menghidap penyakit asma.

Noor Izzati Binti Masiri
200291

Category: | 3 Comments

3 comments to “Apakah kejadian yang akan berlaku ?”

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  1. langkah mencegah penyakit ini perlu dilakukan dengan segera supaya bilangan pesakit tidak meningkat lagi sperti yang dinyatakan

    Nurzarini bt Mohd Al.Bakry
    207041

  1. Pemahaman yang betul tentang penyakit asma dapat mengelakkan berlaku tragedi.

    CHEE LEE YANG 204997