Asma berasal dari perkataan bahasa Yunani “asthma” yang bererti “sukar bernafas”. Asma juga dikenali sebagai lelah adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas pada paru-paru. Hal ini demikian kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu. Penyempitan saluran pernafasan akibat serangan penyakit tersebut menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan kelihatan termengah-mengah. Keadaan menjadi lebih teruk apabila kahak pekat menutup saluran pernafasan dengan menghalang kemasukan oksigen ke paru-paru. Penyakit asma paling banyak ditemui di negara-negara maju, terutama yang mempunyai tingkat kandungan udara tinggi baik dari asap kenderaan ataupun debu padang pasir.
Noor Izzati Binti Masiri
200291
Category: | 4 Comments
Penyakit ini ada persamaan dengan penyakit jantung kerana kedua-dua akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
Kow Hong Kit
204653