Langkah pertama yang harus anda lakukan ialah menanggalkan penutup daripada corong mulut dan goncangkan Inhaler tersebut .

Seterusnya, pegang Inhaler pada paras menegak.


Letakkan corong mulut di dalam mulut lalu tutup dengan bibir. Tarik nafas secara perlahan-lahan, kemudian tekan inhaler dengan kuat ke bawah untuk menyalurkan ubat dan teruskan menarik nafas dengan dalam.
Tahan nafas selama 10 saat atau selama mana yang boleh agar ubat dapat masuk ke dalam paru-paru. Seterusnya, bernafas keluar perlahan-lahan. Andainya anda perlu melakukan penyedutan sekali lagi, anda harus menunggu sekurang-kurangnya 1 - 2 minit sebelum  mengulangi langkah 2 - 5 .
Akhir sekali, tutuplah corong mulut inhaler selepas penggunaan.



 
 
 
 
 

Chan Ching Yee
205009

Category: | 4 Comments

4 comments to “Bagaimanakah kita menggunakan ubat sedutan?”

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  1. penerangan penggunaan ubat sedutan dengan teliti dan senang difahami.dengan ini pesakit asma tahu langkah yang perlu dilakukan apabila penyakit asma menyerang dengan mengejut.

    Low Choon Hoe
    204654

  1. Pengetahuan yang betul terhadap penggunaan ubat sedutan amat penting kerana penyalahgunaan akan membahayakan nyawa pesakit.

  1. Inhaler ini merupakan cara terbaik untuk mengawal penyakit asma.Senang dibawa dan langkah yang mudah dan jelas sesuai untuk digunakan pesakit-pesakit asma.

    Ng Shing Hong
    204895