November tahun lalu, tersebar berita mengatakan David Beckham menderita penyakit asma sejak kecil walaupun belum ada pengakuan daripadanya sendiri.


Puncanya, apabila Beckham dilihat menggunakan inhaler (alat bantuan pernafasan) ketika perlawanan akhir piala Major League Soccer, antara Los Angeles Galaxy melawan Real Salt Lake. Jika benar, David dilihat berjaya mengawalnya kerana sebelum ini dia tidak pernah dilihat mempunyai masalah pernafasan ketika bermain bola sepak.

Pakar asma, Dr. John Dickinson berkata, ramai atlet menghidap asma. Pada tahun 2004, hampir 21 peratus daripada pasukan Olimpik British disahkan menghidap asma dan meningkat kepada 25 peratus pada tahun 2008. Tambah Dr. John, sukan basikal dan berenang merupakan kumpulan pesakit yang tertinggi iaitu hampir 50 peratus.

Chan Ching Yee
205009

Category: | 2 Comments

Asma berasal dari perkataan bahasa Yunani “asthma” yang bererti “sukar bernafas”. Asma juga dikenali sebagai lelah adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas pada paru-paru. Hal ini demikian kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu. Penyempitan saluran pernafasan akibat serangan penyakit tersebut menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan kelihatan termengah-mengah. Keadaan menjadi lebih teruk apabila kahak pekat menutup saluran pernafasan dengan menghalang kemasukan oksigen ke paru-paru. Penyakit asma paling banyak ditemui di negara-negara maju, terutama yang mempunyai tingkat kandungan udara tinggi baik dari asap kenderaan ataupun debu padang pasir.

Noor Izzati Binti Masiri
200291

Category: | 4 Comments

Pengetahuan yang terbatas tentang asma menyebabkan penyakit ini sering kali tidak ditangani dengan baik. Akibatnya, jumlah penderita dari tahun ke tahun semakin meningkat. Menurut Badan Kesihatan Dunia, WHO, penderita asma pada 2025 dijangkakan mencapai 400 juta dan data WHO menjangkakan bahawa, pada 2025 di seluruh dunia terdapat 255.000 kematian kerana asma. Jumlah ini dapat meningkat lebih besar menjadikan asma penyakit yang sukar untuk diubati. Lebih menggerunkan, kadar kematian kerana asma juga semakin meningkat kira-kira 20 peratus dalam 10 tahun akan datang jika tiada langkah wajar diambil. Sebahagian besar atau 80% kematian berlaku di negara-negara berkembang. Di Indonesia, penyakit asma merupakan di antara sepuluh penyebab kesakitan dan kematian. Satu laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini menyatakan bahawa kira-kira 300 juta orang daripada semua peringkat usia dan latar belakang menghidap penyakit asma.

Noor Izzati Binti Masiri
200291

Category: | 3 Comments

Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak. Serangan asma boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius, sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Serangan asma adalah sebab utama/punca kanak-kanak dimasukkan ke hospital. Asma terjadi kepada kanak-kanak samada mereka mempunyai sejarah asma di kalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti eczema, allergic rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma. Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Zuraini binti Zakaria
204843

Category: | 5 Comments

Sewaktu bernafas udara dibawa masuk melalui hidung. Selepas dipanas dan ditapis, udara yang lembab disalurkan ke dalam trakea melalui kerongkong. Trakea terbahagi kepada dua saluran yang besar iaitu bronkus kanan dan kiri. Ia kemudian berpecah kepada ribuan lagi laluan udara yang kecil dikenali sebagai bronkiol. Bahagian inilah yang dikaitkan dengan masalah asma.

Simptom asma berlaku dengan serangan yang akut sehinggalah ke peringkat kronik. Sesetengah hanya mengalami gejala asma bermusim, melarat akibat terdedah kepada faktor yang menyebabkan alergi dan ada yang menghidap asma sepanjang masa.

Asma melibatkan kondisi pengaliran udara ke paru-paru. Sekiranya seseorang itu menghidap asma, bermakna berlaku inflamasi pada saluran pernafasan dan ia akan menjadi kecil, merah dan membengkak. Ini menjadikan ia sensitif kepada beberapa punca yang boleh merangsang simptom-simptom asma.
 1) Asma Alergi
Berlaku kerap di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Biasa berlaku di kalangan mereka yang berumur kurang dari 35 tahun. Asma akan berlaku apabila seseorang itu terdedah kepada faktor-faktor yang menyebabkan ia alergi seperti bulu binatang, debu, habuk dan sebagainya.

2) Asma Biasa
Kerap berlaku di kalangan orang pertengahan umur. Berlaku selepas senaman, udara sejuk ataupun akibat jangkitan saluran pernafasan.

Siti Farhana binti Mohd Akhir
204763

Category: | 2 Comments

Secara umumnya,seseorang yang menghidap penyakit asma akan merasa sesak nafas, batuk berkahak dan berpanjangan, serta nafas berbunyi. Biasanya, gejala ini akan timbul ketika waktu pagi menjelang waktu subuh ataupun ketika keadaan cuaca sejuk. Hal ini demikian kerana, hormon kortisol akan menjadi rendah pada waktu pagi. Ketika itu, pesakit akan berasa sukar untuk bernafas kerana saluran pernafasan mereka akan menjadi sempit dan menghasilkan bunyi-bunyian ketika mereka bernafas. Saluran pernafasan mereka menjadi sempit kerana bahagian-bahagian tertentu ditutupi ataupun diliputi oleh kahak. Bagi gejala asma yang teruk, pesakit akan mengalami sakit dada yang teramat sangat sehingga mereka berasa tidak boleh bernafas dan bibir mereka akan kelihatan pucat kebiruan. Wajah menjadi pucat dan denyutan nadi menjadi laju.

Nurul Effizah binti George Sarigu
204783

Category: | 5 Comments

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan penyakit Asma. Antaranya ialah:


1) ALERGI
Alergi dikatakan juga sebagai alahan. Alergi bermaksud reaksi badan terhadap pendedahan kepada benda asing tertentu. Reaksi alergi ini berlaku setelah sistem imuniti badan alami pensensitifan akibat pendedahan pertama benda asing itu. Alergi ini boleh terjadi melalui saluran pernafasan dan jenis makanan serta minuman. Alergi yang dikatakan melalui saluran pernafasan terjadi dimana bahan-bahan seperti debunga, hama, debu, kulat serta bulu haiwan peliharaan memasuki hidung dan menyebabkan alergi. Selain itu,  makanan dan minuman seperti kekacang, susu, telur, minuman cola, pengawet makanan, L –monosodium glutamate dan alkohol juga menjadi pencetus kepada penyakit Asma.

2) EMOSI
Menurut Daniel Golemen (1995), seorang Pakar Kecergasan Emosional, yang diambil dari Oxford English Dictionary, memberi makna emosi sebagai setiap kegiatan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu, setiap keadaan mental yang hebat dan meluap-luap. Lebih lanjut lagi, beliau menyatakan bahawa emosi merujuk kepada suatu perasaan dan fikiran. Fikiran yang khas, sutu keadaan biologi dan psikologi serta serangkaian kecenderungan untuk bertindak. Seseorang insan yang ketawa atau menangis secara keterlaluan juga boleh menghadapi risiko penyakit Asma ini. Perasaan yang begitu keterlaluan menyebabkan emosi seseorang insan terganggu. Emosi yang terganggu menyebabkan risiko untuk menghidap penyakit Asma yang tertinggi.

3) PEKERJAAN
Jenis pekerjaan juga menjadi faktor pencetus penyakit Asma. Seseorang yang bekerja dalam industry plastik, percetakan, cat, bahan pengilap, elektronik, logam dan kayu/papan, cimen dan bangunan mempunyai risiko yang agar tinggi untuk mengidap penyakit Asma.

4) UBAT-UBATAN
Pengambilan ubat yang menjadi alahan juga menjadi punca penyakit Asma. Antara ubat-ubatan yang menjadi pencetus peyakit yang berisiko ialah Aspirin, Dextran, Hydro Cortisone dan Penicillin.

5) JANGKITAN VIRUS
Virus didefinisikan sebagai zara kecil yang boleh berjangit selain organisma biologi. Virus ialah ‘PARASIT INTRACEL OBLIGAT’, yang bermaksud virus boleh membiayak dengan cara menawan sel-sel lain kerana virus tidak berupaya untuk membiayak sendiri. Istilah virus biasanya merujuk kepada zara-zara yang berjangit melalui organisma multi sel dan organism unisel. Biasanya, jangitan ini terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Antara virus yang telah dikenalpasti ialah RHINO, ADENO, PARAINFLUENZA DAN INFLUNEZA.

6) PERSEKITARAN
Persekitaran yang terikat dengan unsur-unsur yang membahayakan kesihatan sepeti binatang dan serangga yang merupakan pembawa penyakit (tikus, lipas, lalat) serta air, udara, tanah yang tercemar juga menyebabkan penyakit yang kritikal ini. Terutamanya, udara yang penuh dengan asap dan bahan kimia menyebabkan keseakan nafas yng membuka jaalan kepada penyakit Asma ini.

7) SENAMAN DAN CUACA
Senaman dan cuaca juga menjadi antara puncanya. Sebagai contohnya, senaman yang bertenaga seperti lumba lari, bola sepak. Cuaca yang terlalu sejuk dan lembab juga menjadi pendedahan kepada penyakit yang kritikal ini.

Paramasivam a/l Narainansami
204961

Category: | 2 Comments

Cara alternative mengawal asma ialah dengan meminum banyak air panas agar lendir yang terdapat di laluan penafasan cair dan keluar. Pesakit asma perlu menghirup udara yang segar dan bersih agar ruang penafasan tidak tersekat dari habuk dan kotoran sehingga boleh menyebabkan asma.

Selain itu, pesakit asma haruslah mengelakkan dari memelihara atau mendekati haiwan yang berbulu seperti kucing, anjing, arnab dan lain-lain. Hal ini kerana,pesakit asma amat sensetif kepada bulu binatang. Bau najis binatang yang kuat juga boleh menyebabkan saluran penafasan tersumbat.
 Pesakit asma juga tidak digalakkan mandi lama-lama sebaliknya basahkan kaki dahulu dan lap-lap sahaja bahagian badan. Eloklah mandi dengan air suam dan elakkan diri dari tempat yang berhabuk, asap, jerubu dan sebaliknya.

Zarul Idham bin Rodzi
204737

Category: | 2 Comments

Langkah pertama:

Sebaik sahaja serangan asma berlaku, gunakan ubat sedutan dan lihat kesan selepas pengambilan ubat secara sedutan dalam tempoh 15 minit hingga 20 minit. Pastikan pesakit sentiasa membawa ubat sedutan ke mana saja Sekiranya tiada perubahan positif yang berlaku, ulang pengambilan ubat sedutan seperti yang disyorkan mengikut arahan.

Langkah Kedua:
Selain pengambilan ubat secara sedutan, terdapat juga jenis ubat yang perlu dimakan oleh pesakit asma. Ubat yang dimakan akan mengambil masa selama 30 minit untuk menunjukkan keberkesanannya kepada pesakit.

Langkah ketiga:
Sekiranya pengambilan ubat secara sedutan dan secara makan tidak memberikan sebarang kesan positif kepada pesakit, pesakit perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan yang selanjutnya.

Muhamad Fitri bin Abdul Hamid
204906

Category: | 3 Comments

Ubat asma yang sering digunakan ialah inhaler iaitu ubat yang disedut dari pam. Ubat ini mudah didapati terutamanya di farmasi dengan harga hanya RM 10.00 ringgit. Ubat inhaler ini juga terdapat dalam beberapa jenis iaitu seperti Astalin inhaler berharga RM 10.00, Bricanly inhaler berharga RM 25.00 ringgit dan ventolin inhaler dengan harga RM 17.00 ringgit. Penyakit asma juga boleh dikurangkan melalui cara alternatif iaitu dengan membanyakkan minum air panas agar lender akan cair dan keluar. Selain itu, individu yang menghadapi penyakit asma juga disaran supaya mendapatkan udara yang segar dan bersih. Individu perlu mengelakkan diri daripada memeihara kucing, anjing, arnab dan binatang lain yang mempunyai bulu yang lebat kerana penyakit asma sangat sensitif kepada bulu binatang dan najis binatang kerana ini akan menyebabkan saluran nafas tersumbat.

Muhammad Fazli bin Mohd
204964

Category: | 1 Comment

Langkah pertama yang harus anda lakukan ialah menanggalkan penutup daripada corong mulut dan goncangkan Inhaler tersebut .

Seterusnya, pegang Inhaler pada paras menegak.


Letakkan corong mulut di dalam mulut lalu tutup dengan bibir. Tarik nafas secara perlahan-lahan, kemudian tekan inhaler dengan kuat ke bawah untuk menyalurkan ubat dan teruskan menarik nafas dengan dalam.
Tahan nafas selama 10 saat atau selama mana yang boleh agar ubat dapat masuk ke dalam paru-paru. Seterusnya, bernafas keluar perlahan-lahan. Andainya anda perlu melakukan penyedutan sekali lagi, anda harus menunggu sekurang-kurangnya 1 - 2 minit sebelum  mengulangi langkah 2 - 5 .
Akhir sekali, tutuplah corong mulut inhaler selepas penggunaan.



 
 
 
 
 

Chan Ching Yee
205009

Category: | 4 Comments

  • Ambil ubat seperti yang dicadangkan doktor dan jangan berhenti sehingga dinasihati oleh doktor.
  • Jangan tunggu sehingga janji temu anda yang seterusnya bersama doktor jika serangan asma semakin membimbangkan.
  • Bawa ubat ke mana-mana saja anda pergi terutamanya ubat penyedut atau ‘inhaler’.
  • Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang yang menhisap rokok.
  • Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma.
  • Melakukan aktiviti senaman ketika anda tidak menghidapi serangan asma tetapi anda dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukan senaman.
Muhamad Fitri bin Abdul Hamid
204906

Category: | 3 Comments

  • Masyarakat perlulah menghindari daripada penyakit asma melalui langkah-langkah yang telah dinyatakan. Hal ini kerana masih tiada lagi ubat yang sesuai yang mampu melawan melawan penyakit ini tambahan pula kos perubatannya sangatlah tinggi. Selain itu, kita haruslah mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan kesan penyakit ini seperti berenang dan berolahraga.
  • Selain itu, pengetahuan tentang rawatan kecemasan terhadap gejala sesak nafas juga haruslah diajar kepada umum supaya apabila terjadi sesuatu kepada pesakit asma, orang awam dapat menghulurkan bantuan dengan memberikan rawatan awal seperti teknik bantuan pernafasan.
  • Hidup bebas tanpa asma..


SEKIAN
     
Muhd Izzusyamil b. Shahrim
205020

Category: | 1 Comment